Mengenai BFF Inspiration Resources

Salam dan hai.
Kami Fyda Adim dan Myra Mokhtar adalah pemilik BFF Inspiration Resources yang berdaftar dengan SSM (MA 0211189 U) sejak Mei 2016.
Kami dahulunya beroperasi pada permulaanya dengan menjual cookies dan tart nenas di butik-butik vendor. Kemudian kami juga mengambil tempahan untuk perayaan dan juga tempahan goodies untuk apa jua majlis.
De'Fyra Cookies yang direka pada awalnya untuk perniagaan menjual cookies dan tart nenas kami. De'Fyra Cookies adalah gabungan nama kami berdua iaitu Fyda dan Myra.

Kini, untuk melebarkan nama syarikat kami menyediakan perkhidmatan Candy Buffet untuk menyerikan lagi majlis yang diadakan. Setakat ini, untuk hal-hal yang berkaitan dengan planner dikendalikan oleh Fyda Adim.
Di sini kami kongsikan hasil kerja dan cetusan idea dalam menyediakan perkhidmatan Candy Buffet kami. Terima kasih kepada para pelanggan yang pernah menggunakan perkhidmatan kami dan diharap sentiasa mendapat sokongan daripada kalian semua memandangkan perkhidmatan ini baru sahaja dikendalikan oleh kami.
Sweet Love,
BFF Inspiration Resources
Melaka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan